Konsep
- Laporan ialah maklumat tentang sesuatu kedudukan atau masalah yang dihadapi yang dilaporkan (Kamus Dewan 1996:766)
- Suatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan, atau sebarang maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik atau sesebuah badan yang diarah untuk menyampaikannya (Oxford English Dictionary)
- Digunakan oleh golongan profesional seperti penyelidik, pentadbir, perunding, penyiasat dan seumpamanya untuk membuat sesuatu projek, mengesan masalah dan mengambil tindakan untuk mengatasi sesuatu masalah, menentukan strategi pemasaran atau untuk menilai kejayaan sesuatu rancangan. (Ab.Rahman Ab Rashid dan Yap Kim Fatt: 1998)
- Penulisan Laporan berbeza, bergantung kepada tujuan atau perkara yang dilaporkan.
Ciri-ciri Laporan
- Struktur dan gaya yang formal
Laporan mempunyai format khusus yang meliputi tajuk/judul, ringkasan, senarai kandungan, pengenalan, senarai cadangan, penutup dan lampiran. Laras bahasanya formal
- Pembentangan berilustrasi
Hujah, penerangan dan maklumat boleh diperjelas dengan menggunakan gambar rajah, graf, carta dan sebagainya
- Pernyataan pendapat
Penulis laporan biasanya membuat kesimpulan setelah mengkaji, menilai dan mengupas bukti-bukti yang diketengahkan. Kesimpulan ini penting sebagai pelengkap tujuan laporan sehingga penulis perlu mendapatkan maklumat lanjut yang lebih lengkap
Fungsi Laporan
Penulis laporan perlu faham kehendak / keperluan pembaca / sasaran dan tujuan laporan itu disediakan. Ini akan melahirkan laporan yang lengkap dan berguna
Format Laporan
- Judul
Bahagian ini mengandungi nama penulis, organisasi dan rujukan, tajuk laporan, tarikh keluaran, nama atau rujukan orang / organisasi yang menjadi sasaran
- Ringkasan
Bagi laporan yang panjang, perlu disediakan ringkasan yang memberi gambaran umum akan keseluruhan kandungan laporan, ringkasan latar belakang kajian, kerja penyelidikan dan kesimpulan utama serta cadangan
- Senarai Kandungan
Maklumat ini diperlukan untuk laporan yang panjang. Hal ini termasuk; tajuk, muka surat dan lampiran
- Pengenalan
Pengenalan mengandungi latar belakang sejarah sehingga penghasilan laporan, rujukan, ringkasan kaedah penyelidikan, dan penghargaan kepada sumber maklumat
- Hujahan
Hujahan disusun di bawah bahagian tajuk dan pengenalan bagi memudahkan rujukan dan pemahaman.
- Kesimpulan
Kesimpulan boleh dinomborkan. Tajuk kesimpulan tidak semestinya terletak di bahagian akhir, kerana selepas syor / cadangan dikemukakan selepas kesimpulan. Bahagian ini amat penting kerana penulis akan menyatakan ramalannya berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi
- Cadangan
Setiap cadangan perlu dihujahkan atau dihuraikan dengan alasan (justifikasi) yang konkrit
- Rujukan dan Bibliografi
Rujukan ialah bahan sumber yang dinyatakan dalam isi sesuatu laporan. Bibliografi ialah bacaan lanjutan. Rujukan dan bibliografi biasanya disenaraikan pada bahagian akhir sesuatu laporan.
Jenis-jenis Laporan
- Pemerian
/ penyelidikan
- Tujuannya adalah untuk memberi gambaran tentang sesuatu hal, objek atau seseorang agar pembaca dapat menafsirkan sesuatu yang digambarkan itu dengan jelas,
- Memerlukan gambaran yang jelas dan lengkap tentang sesuatu aspek tanpa memasukkan emosi penulis
- Memerlukan fakta yang tepat dan disokong dengan gambar, gambar rajah, carta dan sebagainya
- Penyusunan yang rapi dan spesifik agar fakta tidak berulang
- Penyelesaian
Masalah
- Tujuannya adalah untuk menyediakan satu rancangan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya; laporan tentang masalah kemerosotan disiplin pelajar
- Memerlukan penulis yang mempunyai daya fikir yang kreatif dan kritis dan penaakulan yang mendalam agar punca masalah dapat dikesan dan diberi cadangan penyelesaiannya
- Penilaian
- Biasanya digunakan untuk menilai sesuatu seperti laporan prestasi seseorang pegawai
- Biasanya laporan ini sulit
- Laporan ini mesti tepat agar keputusan yang akan diambil betul
- Analisis
- Laporan ini bertujuan untuk menganalisis sesuatu sebelum sebarang terhadapnya diambil
- Memerlukan penelitian secara terperinci terhadap sesuatu perkara dan dalam proses menganalisisnya, perkara-perkara itu boleh diagih-agihkan kepada beberapa bahagian atau peringkat tertentu supaya dapat dijelaskan bagaimana sesuatu bahagian itu berfungsi dan apakah kaitannya dengan bahagian-bahagian lain
- Dilaksanakan dengan mendalam dan terperinci
- Contohnya: Laporan tentang kuasa beli, cita rasa pembeli, jumlah pasaran dan tambahannya pada masa hadapan terhadap sesuatu barangan yang akan dipasarkan.
- Objektif dan tersusun.
Laporan Aktiviti
- Bertujuan untuk melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
- Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
- Laporan perlu menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
- Perlu dikenal pasti jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
- Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
- Untuk laporan lawatan pula , tulis apa-apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
- Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
- Gunakan bahasa yang ringkas dan padat
Cara Penulisan
- Tajuk Laporan
- ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
- atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah
- boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
- Isi Laporan
- Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
- Pengakuan pelapor
- Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
- Tarikh
- Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
- Tandatangan pelapor
- Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
- Nama Pelapor
- Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
- Jawatan Pelapor
- Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya .
- Seterusnya
- ditulis nama persatuan yang diwakili